Description
Wakaf Sampan: A Vessel of Hope, A Lifetime of Sustenance
For countless families living along the rivers of Cambodia, the water is not just a scenic backdrop; it is the very lifeblood of their community. Fishing is their primary source of income, a tradition passed down through generations. However, many of these determined families face a significant barrier: the lack of a proper, engine-equipped boat, or sampan. Without this essential tool, their daily catch is limited, their income is unstable, and their struggle to provide for their loved ones is a constant reality.
Our Initiative: An Investment in Self-Sufficiency
The Wakaf Sampan initiative is more than a donation; it is a sustainable, charitable endowment (sadaqah jariyah) designed to empower these families. By contributing to a Wakaf Sampan, you provide a fisherman not just with a one-time meal, but with the means to earn a dignified livelihood for years to come. Each complete wakaf provides a family with a sturdy, engine-equipped vessel, transforming their ability to fish effectively and secure a stable income.
The Ripple Effect of Your Contribution
Your support creates waves of positive change that extend far beyond the riverbank. A reliable sampan means:
Food Security: The ability to put food on the table consistently.
Stable Income: A chance to break free from the cycle of poverty.
Access to Education: The means to afford schooling for their children.
Dignity and Hope: The empowerment that comes with self-sufficiency.
Join us in this noble cause. Your contribution, no matter the size, will come together to build a vessel of hope that will carry a family towards a brighter, more secure future, Insya'Allah.
Wakaf Sampan: Sebuah Harapan, Rezeki Sepanjang Hayat
Di tepi-tepi sungai di Kemboja, ribuan keluarga menjadikan air sebagai nadi kehidupan mereka. Sungai itulah dapur, rezeki, dan harapan. Menangkap ikan adalah pekerjaan utama – warisan turun-temurun yang sudah menjadi darah daging.
Namun, tidak semua bernasib baik. Ramai antara mereka tidak mempunyai sampan yang kukuh dan berenjin. Tanpa sampan, tangkapan sangat terhad. Pendapatan pula tidak menentu. Setiap hari menjadi perjuangan untuk mengisi perut anak-anak dan menyara keluarga.
Apa itu Wakaf Sampan?
Inisiatif ini bukan sekadar memberi bantuan sekali lalu. Ia adalah wakaf dan sedekah jariah yang kekal memberi manfaat.
Dengan menyumbang kepada Wakaf Sampan, anda sebenarnya menghadiahkan:
Sebuah sampan kukuh dan berenjin,
Sebuah peluang untuk mencari rezeki halal dengan lebih berkesan,
Sebuah kehidupan baru yang lebih terjamin untuk satu keluarga.
Kesan daripada sumbangan anda
Setiap sampan yang diwujudkan melalui wakaf ini membawa seribu perubahan:
Makanan terjamin di atas meja setiap hari.
Pendapatan stabil untuk keluar dari belenggu kemiskinan.
Anak-anak ke sekolah tanpa rasa terkekang.
Maruah & harapan kerana dapat berdiri atas usaha sendiri.
Terms
Important Notice / Pemberitahuan Penting
This project is powered by BAPA Biz Pte Ltd, the official business arm of Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (BAPA). All profits generated from projects under BAPA Biz Pte Ltd are channelled directly to support BAPA's core non-profit activities, including its educational programmes, da'wah causes in Singapore and operational costs. Your support for this project also sustains our local community initiatives.
Projek ini dikuasakan oleh BAPA Biz Pte Ltd, cabang perniagaan rasmi Badan Agama dan Pelajaran Radin Mas (BAPA). Kesemua keuntungan yang dijana daripada projek-projek di bawah BAPA Biz Pte Ltd disalurkan terus untuk menyokong aktiviti teras BAPA yang tidak berasaskan keuntungan, termasuk program pendidikan dan usaha dakwahnya di Singapura. Sokongan anda untuk projek ini turut membantu melestarikan inisiatif-inisiatif komuniti tempatan kami.
Terms and Conditions / Terma dan Syarat
English:
Transactions: All contributions made towards the Wakaf Sampan project are considered voluntary purchase. These transactions are strictly non-tax-deductible.
Project Implementation: BAPA Biz Pte Ltd will exercise due diligence to ensure that all funds are used for their intended purpose. In the event the project cost varies, or if unforeseen circumstances prevent the project's execution as described, the company reserves the right to re-allocate the funds to another project with similar charitable objectives in Cambodia or other regions.
Donor Recognition: For contributions towards a boat portion, engine, or complete boat, donor names will be included on a plaque affixed to the sampan, as shown in project photos. Donors are responsible for providing the correct spelling of names at the time of donation.
Acknowledgment & Receipts: An official receipt will be issued upon request. Donors must provide a clear proof of transaction (e.g., screenshot) and send it via WhatsApp to 8282 1714 to facilitate this process.
Data Protection: By completing your transaction, you consent to your personal data being collected, used, and disclosed by BAPA & BAPA Biz Pte Ltd for the purposes of processing your contribution, providing updates on the project, and issuing receipts, in accordance with Singapore's Personal Data Protection Act (PDPA). Your data will not be shared with external third parties for marketing purposes.
Refund Policy: All transactions are final and non-refundable.
Governing Law: These terms and conditions shall be governed by and construed in accordance with the laws of the Republic of Singapore.
Processing of Contributions & Timelines: Please be advised that priority for the allocation and handover of a sampan will be given to donors who contribute for a Complete Sampan ($3000). For contributions made towards a Portion ($600) or an Engine ($1500), these funds will be pooled.
The wakaf for these partial donations will only be processed once sufficient contributions have been gathered to assemble a complete sampan. Consequently, we are unable to provide a specific timeline for the completion of these partial wakaf.
We highly encourage prospective donors to gather friends, family, or colleagues to collectively contribute towards a whole sampan in a single transaction to ensure and expedite the process.
Malay:
Sumbangan: Semua sumbangan untuk projek Wakaf Sampan adalah secara sukarela. Sumbangan ini tidak layak untuk sebarang pelepasan cukai.
Pelaksanaan Projek: BAPA Biz Pte Ltd akan melaksanakan usaha wajar untuk memastikan semua dana digunakan untuk tujuan yang ditetapkan. Sekiranya kos projek berubah, atau jika keadaan di luar jangkaan menghalang pelaksanaan projek seperti yang dinyatakan, syarikat berhak untuk mengagihkan semula dana tersebut kepada projek lain yang mempunyai objektif kebajikan yang serupa di Kemboja atau di wilayah lain.
Penghargaan Penderma: Bagi sumbangan untuk bahagian sampan, enjin, atau sampan lengkap, nama penderma akan diletakkan pada plak yang dilekatkan pada sampan, seperti yang ditunjukkan dalam gambar projek. Penderma bertanggungjawab untuk memberikan ejaan nama yang betul semasa membuat sumbangan.
Pengesahan & Resit: Resit rasmi akan dikeluarkan atas permintaan. Penderma mesti memberikan bukti transaksi yang jelas (cth: tangkapan skrin) dan menghantarnya melalui WhatsApp ke 8282 1714 untuk memudahkan proses ini.
Perlindungan Data: Dengan menderma, anda bersetuju data peribadi anda dikumpul, diguna, dan didedahkan oleh BAPA Biz Pte Ltd untuk tujuan memproses sumbangan anda, memberi kemas kini mengenai projek, dan mengeluarkan resit, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Singapura. Data anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga luar untuk tujuan pemasaran.
Dasar Pemulangan Wang: Semua sumbangan adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan.
Undang-undang Yang Mengawal: Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Republik Singapura.
Pemprosesan Sumbangan & Jangka Masa: Harap maklum bahawa keutamaan bagi agihan dan penyerahan sampan akan diberikan kepada penderma yang menyumbang untuk sebuah Sampan Lengkap ($3000). Bagi sumbangan untuk satu Bahagian ($600) atau sebuah Enjin ($1500), dana tersebut akan dikumpulkan.
Proses wakaf untuk sumbangan separa ini hanya akan dilaksanakan setelah jumlah sumbangan mencukupi untuk membina sebuah sampan yang lengkap. Oleh yang demikian, kami tidak dapat memberikan jangka masa yang spesifik untuk penyiapan wakaf sumbangan separa ini.
Kami amat menggalakkan para penderma untuk mengumpulkan rakan-rakan dan/atau ahli keluarga untuk menyumbang secara kolektif bagi sebuah sampan lengkap dalam satu transaksi bagi memastikan dan mempercepatkan proses wakaf tersebut.
Payment Methods
- PayNow Scan QR (HitPay)
- Walk-In
- Bank Transfer
- Cheque
- Walk-In (For official use only)